1. Keris Taming Sari
# Keris ini merupakan keris kurniaan Betara Majapahit kepada Hang Tuah kerana beliau berjaya membunuh Taming Sari (pembunuh upahan Patih Gajah Mada).
# Dikatakan keris Taming Sari mempunyai aura yang tersendiri kerana keris ini mampu membunuh kekebalan.
# Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.
# Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.
# Keris ini juga digunakan oleh Hang Jebat untuk menguasai Istana Melaka setelah kematian Hang Tuah
# Keris yang sama digunakan oleh Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat atas perintah Sultan Mahmud.
2. Keris Tempa Melaka (Keris Panjang)
# Keris panjang kepunyaan Hang Tuah merupakan keris utama bagi Hang Tuah.
# Ianya diberi nama Keris Tempa Melaka
# Keris panjang mempunyai panjang mata bilah melebihi 13 inci terkadang sampai 33 inci.
# Kebiasaan panjangnya menyamai panjangnya pedang Melayu yang mana ada petua khas bagi ukuran panjang untuk seseorang pemakainya.
# Ulu keris panjang tidak serupa ulu keris pendek.
# Ulunya seperti ulu keris sundang, iaitu kemas dipegang sesuai dengan peranannya menikam, melibas, memarang, memancong, menetak, menyangga dan lain-lain kaedah persilatan dalam menggunakan senjata.
3.Keris Pendua (Keris Pendek)
# Keris pendek juga dikenali sebagai keris pendua tidak banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah berbanding keris panjang.
# Panjangnya kurang dari 13 inci.
# Penggunaan keris pendek ini kebanyakannya diajarkan dalam silat-silat Melayu Nusantara hari ini.
# Kaedah utama persilatan ialah elakan dan lompatan.
# Mengelak dengan lompatan ke kiri atau ke kanan lalu apabila terluang menyerang, iaitu menikam lawan.
# Kaedah ini juga disebut sebagai kaedah dua gerak.
4. Kapak
# Setelah balik daripada berguru, Hang Tuah menghadapi peristiwa orang mengamuk di tengah pesara (Pasar).
#Ramai orang yang luka dan mati dibunuhnya.
# Ketika itu Hang Tuah sedang bekerja membelah kayu api dekat rumahnya dengan kapak.
# Hang Tuah membunuh orang yang mengamuk dengan kapak (Axe-wing).
# Melalui peristiwa ini, Hang Tuah menerima jawatan Laksamana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan