Antara
ciri yang lazimnya dapat dilihat dalam karya agung ialah penggunaan
perbendaharaan kata yang sangat menarik. hal ini dapat dilihat
apabila penulis atau penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan
perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah
karya tersebut telah diubah atau versi barunya telah ditulis oleh orang
lain, namun penulis masih mengekalkan perbendaharaan kata yang
terkandung dalam teks terawal. Sebagai contohdalam karya agung Sulaltus
Salatin, perkataan Melayu asli kuno masih dapat dilihat berdasarkan
perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan
sebagainya. Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis
dengan memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan
sebarang proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat
dalam Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang
sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia
maklum, masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran
kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair,
pantun serta secara bertulis melalui karya agung. Melalui karya
Sulalatus Salatin juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan
nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada anak muda masa ini. Antara
kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus Salatin ialah kisah
kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu terdahulu. Pengajaran
yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin
menjadi pemimpin hendaklah
adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau
golongan bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal ini
demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja,
negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan