Pengasih
membawa makna ilmu pengasih,
jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk mendatangkan atau
membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Ilmu pengasih ini adalah untuk
mendapat pemujaan oleh seseorang yang jatuh hati kepada orang lain. Lazimnya,
ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukai itu
tidak menyukainya atau orang itu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih boleh
digunakan dengan banyak cara, namun cara yang popular adalah dengan cara
mencalitkan sesuatu minyak kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara
menjampi gambar dan sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah:
“Kun sarik panjik-panjik
Bagurung bagirang
Taulas takani ngidan
Kasih sayang (anu) memandang
akuk
Cinta sayang (anu) melihat
akuk
Dengan berkat
Lailaha il-Lallah
Muhammad ar-Rasulullah”
(Mana Sikana : 67)
Hang Nadim menggunakan ubat
guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut
(bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si
pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi
isteri baginda.
(Sejarah Melayu:170)
Ilmu pengasih ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh lalu di bawah ampaian dan tidak boleh mengerjakan maksiat seperti mencuri. Jika dilakukan juga, jampi tersebut tidak akan mujarab. Pengamal jampi ini juga tidak boleh melangkah tulang babi dan sebaik-baiknya dia hendaklah terus kepada matlamatnya. Selain untuk perkasihan, jampi ini juga boleh digunakan untuk bertemu dengan orang yang tertentu untuk tujuan baik. Misalnya ketika hendak berwawancara atau temu duga pekerjaan, meminta pertolongan atau sebagainya.
Doa Pengasih |
Saya dan keluarga pulangkan semua ilmu yang bathil kepunyaan tuan selama lamanya kepada tuan
BalasPadam