Khamis, 3 April 2014

TOKOH-TOKOH PENGARANG KARYA AGUNG

ABDULLAH MUNSYI PENGARANG HIKAYAT ABDULLAH

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI (HIKAYAT ABDULLAH)
BIOGRAFI
  •  Nama : Abdullah Bin Abdul Kadir
  •  Nama gelaran : Munsyi Abdullah
  • Keturunan: India Muslim berketurunan Arab
  • Tempat kelahiran: Kampung Pali, Melaka (1976)
  • Bilangan adik-beradik: Anak bongsu daripada empat adik-beradik
  • Bahasa yang dikuasai: Melayu, Arab, Tamil, Hindustan, Inggeris.
  •  Pekerjaan: penulis, penterjemahan buku, guru
  • Meninggal dunia di Jeddah (1845).

KERJAYA
  • Beliau mula bekerja dengan bapanya iaitu menolong bapanya menyalin dokumen dokumen penting.
  •  Bekerja sebagai pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles.
  • Membantu  Paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
  •  Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris berketurunan India.
  • Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
  • Beliau juga telah mentafsirkan cerita-cerita turun-temurun agama Hindu.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
  • Munsyi Abdullah diberi pendidikan membaca dan menulis sejak berusia tujuh tahun.
  • Beliau diajar mengaji Al-Quran  dan tulisan jawi serta tatabahasa  Melayu oleh bapanya sendiri.
  • Ketegasan ayahnya menggesa beliau belajar  menjadi faktor  yang menyebabkannya suka kepada pelajaran atau menuntut ilmu.


KARYA-KARYA YANG DIHASILKAN
  • Syair Singapura Terbakar (1830)
  • Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
  • Hikayat Abdullah (1849)
  •  Dewa-ul-Kulub (1883)
  • Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)

SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT
  •  Pencetus zaman moden dalam masyarakat Melayu.
  • Digelar “Bapa Pemodenan Melayu” kerana beliau memulakan tradisi penulisan tentang kisah-kisah masyarakat, dan tidak lagi tentang mitos dan dongeng atau sejarah pemikiran raja-raja feudal seperti yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Tun Seri Lanang.
  • Seorang pencinta ilmu terutamanya bahasa.
  • Mempunyai sikap yang terbuka terhadap ilmu-ilmu baharu yang diperkenalkan oleh Inggeris.
  • Contohnya :  alat cap-mengecap, kuasa elektrik,ilmu perubatan, ilmu kira-kira.
  • Beliau mempunyai pendapat tentang kepentingan penyusunan semula nahu bahasa Melayu.
  • Abdullah bersetuju dan mendesak supaya ibu bapa anak-anak orang Melayu pada zaman itu menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu. Pada zaman itu, adat orang Melayu ialah menghantar anak-anak mereka mengaji Al-Quran sehingga khatam. Sebaliknya, pelajaran bahasa Melayu mereka abaikan, kerana dianggap “tidak penting” dalam konsep kehidupan mereka, yang memisahkan kehidupan dunia dari akhirat.


FALSAFAH ABDULLAH MUNSYI
“ Jikalau sekiranya ada umur-umur
seribu tahun sekalipun, maka janganlah
engkau takut membelanjakan dia sebab menunutut ilmu, itu kerana dapat tiada segala hamba Allah dalam duniaini semuanya mengkehendaki kebesaran, ilmu itulah tangganya.”


Sumber :



RAJA ALI HAJI PENGARANG THUFAT AL-NAFIS

RAJA ALI HAJI (THUFAT AL-NAFIS)

BIOGRAFI
  • Nama penuh : Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad Al-Hajj Ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak Alias Engku Haji Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau.
  • Tahun dilahirkan : 1809 M
  • Tahun meninggal dunia : 1870 M
  • Tempat asal : Pusat Kesultanan Riau –Lingga di Pulau Penyengat (kini termasuk dalam Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
  • Raja Ali Haji  dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang pendidikan keagamaan  dan keilmuan yang kuat.
  • Sejak kecil ayahnya telah mendidik beliau untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama dengan baik.
  • Pernah menuntut ilmu sehingga ke Mesir dan Mekah.



KERJAYA
v  Pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan Riau-Johor.
v   Menjadi guru agama yang mengajar tatabahasa, fiqah dan tasawuf.
v   Mengajar bahasa Arab.

SUMBANGAN
  •  Raja Ali Haji merupakan seorang penulis yang berbakat pada  zamannya.
  • Sumbangan beliau meliputi lapangan bahasa, kesusasteraan, sejarah dan agama.
  • Banyak bahan penulisan beliau telah menjadi bahan kajian  para sarjana



HASIL KARYA
Bidang bahasa : Bustanul – Katibin (1850 M)
                         Kitab Pengetahuan Bahasa  (1858 M)  1865
Bidang sastera: Gurindam Dua Belas (1846 M)
                        Syair Siti Sianah
                        Syair Abdul Muluk
                        Syair Taman Permata
Bidang Sejarah:  Kitab Salasilah Melayu dan Bugis (1860 M)
                          Tuhfat al-Nafis (1865 M)
Undang-undang: Thamarat al-Muhamed
                        Mukaddimah Fi Intizam al-Wazir al-Malik  (1857)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan